Selepas meluaskan jenama di Vietnam dan Mongolia, kini kedai serbaneka milik Korea Selatan- GS25 ingin mencuba nasib meneroka pasaran di Malaysia.
Agenda bersama syarikat peruncitan tempatan KK Group dilihat akan mula dilaksanakan pada tahun hadapan.
Mengikut laporan Yonhap, KK Group kelak membayar yuran royalti bagi peranan mengendalikan cawangan GS25 di pasaran Asia Tenggara. Berdasarkan perancangan, GS25 ingin mengembangkan jenama kepada 500 cawangan dalam tempoh 5 tahun.
Melalui Penambahan GS25 ini ia secara langsung akan membuka peluang pertumbuhan baru dan meningkatkan kemampuan runcit tempatan dalam memenuhi permintaan pengguna Malaysia.