Artikel

KKM Mungkin Kenakan Semula Kompaun – Jika Rakyat Gagal Pakai Pelitup Muka Di Premis Tertutup

Sekiranya kes COVID-19 melonjak dan mendatangkan risiko kepada keselamatan awam, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kemungkinan bakal mempertimbangkan semula penguatkuasaan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Di mana penguatkuasaan itu akan dikenakan kompaun ke atas individu yang gagal mematuhi garis panduan memakai pelitup muka di premis tertutup.

Khairy Jamaluddin memaklumkan pihaknya sejak 17 April lalu tidak lagi mengemukakan notis kompaun kepada orang awam namun situasi pemakaian pelitup muka di premis tertutup negara dilihat semakin longgar.

Maka jika berlakunya lonjakan kes COVID-19, kemungkinan pengenaan kompaun akan dilaksanakan semula.

Orang ramai dinasihatkan untuk tidak mengambil mudah akan penguatkuasaan pemakaian pelitup muka di premis tertutup. Ia masih lagi wajib buat semua pihak untuk mengelakkan dari sebarang penularan wabak berlaku.