Artikel

PitchIn Terima Pengesahan Untuk Membolehkan Penawaran Biayasama Ekuiti Patuh Syariah

Pitchin merupakan salah satu perkhidmatan atau platform biayasama popular di Malaysia. Ia membolehkan sesuatu syarikat atau produk mengumpulkan dana untuk memperluaskan perkhidmatan dan produk masing-masing.

Terbaru, Pitchin berkongsi mengatakan mereka telah menerima pengesahan daripada SC yang akan membolehkan mereka tawarakan khidmat biayasama mesra syariah.

Setiap syarikat yang disenaraikan akan melalui proses tapisan dan penilaian oleh penasihat syariah yang terpilih, serta menawarkan peluang pelaburan mesra syariah kepada orang ramai.

Dengan perkembangan terbaru ini, sama-sama kita nantikan lanjut bilakah biayasama pertama patuh syariah akan ditawarka di Pitchin.