Artikel

Rangkaian Kedai Buku Terbesar Jepun, Tsutaya Books – Kini Di Malaysia

Sejak kebelakangan tahun ini, berlakunya pengurangan budaya membaca sebanyak 80% di kalangan pelajar Institusi Pengajian Tinggi Malaysia. Namun, permintaan pasaran pembacaan negara masih tinggi. Melihat pada potensi itu, Tsutaya telah mengambil peluang untuk meluaskan jejak mereka ke pasaran Malaysia.

Langkah itu disokong berasaskan anggaran pertumbuhan ekonomi Malaysia dijangka mencecah sekitar 6.5% pada tahun ini. Maka tidak hairanlah mengapa Tsutaya Books memilih Malaysia dan membuka kedai buku berkeluasan 31,000 kaki persegi di Pavilion, Bukit Jalil.

Bagi yang tidak tahu, cawangan di Malaysia ini adalah cawangan yang terbesar untuk ruangan eduria (edutainment) buat kanak-kanak. Bukan hanya dapat membaca, kanak-kanak juga dapat melakukan pelbagai aktiviti bagi pengembangan minda contohnya aktiviti berteka-teki. 

Selain ruangan tersebut, Tsutaya turut menyediakan ruangan kafe buat keselesaan para pembaca di cawangan tersebut. Idea ini satu langkah yang bijak susulan pasaran kafe Malaysia sememangnya mendapat prhatian pengguna negara.