Artikel

Thailand Ingin Tampil Premium – Sasar Tingkatkan Segelintir Harga Khidmat Pelancongan

Menyedari Thailand antara lokasi pelancongan pilihan pelancong antarabangsa – kerajaannya kini bercadang meningkatkan kadar bayaran pada khidmat pelancongan di negara mereka, antaranya industri perhotelan dilaporkan akan berdepan dwi tarif.

Langkah ini bertujuan menyokong kembali fasa pemulihan ekonomi Thailand setelah mengalami kerugian mendadak ketika pandemik COVID-19.

Kementerian Pelancongan Thailand juga ini menstrukturkan semula presepsi pelancongan mereka ke arah kadar yang lebih berpatutan berbanding diklasifikasikan sebagai destinasi pelancongan yang murah.

Walaupun langkah itu akan dikenakan kepada pelancong asing, pelancong domestik pula akan dikenakan kadar bayaran yang lebih rendah bersama diskaun yang lebih menarik. Tindakan itu untuk memberi kelebihan serta mengimbangi permintaan pelancongan tempatan Thailand.

Selain perhotelan, industri perniagaan dan hospital swasta juga dijangka alami kenaikan kadar.

Akan tetapi tindakan ini masih diperingkat cadangan dan sebarang pengenaan dwi tarif tersebut akan dimaklumkan kepada sektor pelancongan dari semasa ke semasa. Dijangka sekitar 9.3 juta pelancong asing akan tiba di Thailand pada tahun ini.