Artikel

Ekovest Raih Kontrak RTS Link Hubungkan JB-Singapura – Bernilai RM1.97 Bilion

Ekovest Construction di bawah syarikat Ekovest Bhd, milik ahli perniagaan kaya-raya Lim Kang Hoo kini berjaya memperolehi kontrak bernilai RM1.976 bilion kontrak laluan Sistem Transit Rapid (RTS) – yang menghubungkan Johor Bahru-Singapura.

Perolehan kontrak daripada Adil Permata Sdn Bhd – iaitu kontraktor utama yang dilantik Malaysia Rapid Transit System (MRTS) ini bagi bahagian Johor Bahru, pada makluman Bursa Malaysia sokongan ini akan memperlihatkan pembangunan yang produktif bersama Ekovest pada kemajuan projek tersebut.

Buat pengetahuan umum projek RTS Link ini akan melibatkan laluan ulang-alik tren sepanjang 4 kilometer bersama 2 stesen di Bukit Chagar, Johor Bahru dan Woodlands, Singapura.

Usaha pembangunan ini akan membantu kedua negara, mengurangkan kesesakan di pusat imigresen dan meningkatkan produktiviti pengangkutan alternatif. Dianggarkan sekitar kapasiti 10,000 penumpang dapat dicapai dalam tempoh sejam.