Artikel

Permintaan Pekerjaan Berkaitan Kemahiran Digital Di Malaysia – Naik 300%

Ternyata pasaran buruh negara menunjukkan peningkatan permintaan pada pekerjaan kemahiran berkaitan digital sejak 2021 – kini permintaan tersebut naik 300%.

Tinjauan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) ini mendapat perhatian Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) apabila terdapat 56,000 kekosongan pekerjaan dalam skop digital direkodkan negara. Peningkatan permintaan ini berlaku sejak Jun 2021 hingga April 2022.

Lebih menarik, permintaan itu turut diakui LinkedIn – platform penawaran pekerjaan, di mana permintaan jawatan berasaskan kemahiran analitik, pengembangan perisian serta pengaturcaraan dan pengkomputeran awan semakin melonjak di negara dan Asia.

Selari dengan permintaan semasa itu, KPT memaklum akan laksana pelbagai langkah strategik ke atas sektor pendidikan negara supaya kumpulan graduan dapat memenuhi keperluan industri pasaran buruh dari semasa ke semasa.