Grab Malaysia, secara rasminya menampilkan Grab Intercity kepada pengguna untuk membeli tiket bas dan feri pada aplikasi mulai 7 Julai (semalam).
Ciri baharu ini memperlihatkan kerjasama Grab dengan Splyt dan Easybook bagi kemudahan tempahan tiket kepada pengguna – yang membenarkan pengguna menempah tiket pengangkutan merangkumi lebih 30 destinasi di Singapura dari 11 negeri dan bandar yang berbeza di seluruh Malaysia.
Kementerian Pengangkutan (MOT) melihat kelebihan ciri aplikasi Grab ini tidak hanya memudahkan pengguna Malaysia-Singapura tetapi turut menghasilkan manfaat ekonomi buat kedua buah negara.
Maka sempena pelancaran itu, pengguna Grab kini berpeluang menerima diskaun 10% bagi semua penempahan tiket menerusi aplikasi.