Artikel

Kadar Pengangguran Malaysia Kekal 3.9% – Menurun Kepada 637,700 Penganggur

Walaupun kadar pengangguran Malaysia kekal di paras 3.9% bagi Mei 2022 iaitu sama seperti April 2022 – namun penurunan angka pengangguran telah dapat dilihat.

Kini mencatatkan seramai 637,700 penganggur direkodkan dalam Malaysia.

Angka tersebut menunjukkan terdapat pengurangan 11,600 penganggur negara – yang telah berjaya mendapatkan peluang pekerjaan. Prestasi ini turut dapat terlihat pada bilangan penduduk bekerja telah meningkat 0.3% iaitu 46,500 tenaga buruh kepada 15.9 juta.

Tinjauan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) ini secara terus memaparkan prestasi pasaran buruh semakin memulih, apabila kategori penganggur aktif iaitu penganggur yang berterusan mencari pekerjaan meningkat kepada 83.7% berbanding data April 2022.

Seterusnya, meninjau pada data pengangguran dalam kumpulan usia – kadar pengangguran bagi belia yang berusia 15 hingga 24 tahun telah merekodkan penurunan 4.4% kepada 341,400 penganggur. Manakala belia yang berusia sehingga 30 tahun pula menunjukkan penurunan penganggur kepada 501,200 pengganggur.