Artikel

Jumlah Kelahiran Bayi Di Sarawak Berkurangan 50% Pada 2021

Kerajaan Sarawak kini berkongsi data, mengatakan jumlah kelahiran bayi di Sarawak berkurangan 50% pada 2021 lepas. Ini adalah apabila hanya 20,000 orang bayi sahaja direkodkan pada 2021, berbanding sebelumnya mencapai kira-kira 40,000 orang.

Ia dikatakan beberapa perkara mungkin mendorong kepada perkara ini, termasuk pembangunan semula jadi, tahap pendidikan yang semakin meningkat, komuniti dan juga tekanan kerja.

Kerajaan Sarawak sedia menyediakan beberapa insentif dalam meringankan beban, termasuk peruntuk RM1000 untuk setiap bayi yang lahir, selain Bantuan Ibu Bersalin dan beberapa yang lain.

Mengikut data DOSM sebelum ini sendiri, ia memperlihatkan kadar kesuburan di Malaysia memperlihatkan penurunan sejak tiga dekad kebelakangan ini.