Artikel

71 Juta Penduduk Dunia Kini Jatuh Miskin

Tekanan ekonomi semasa bersama ketidaktentuan tahap kos sara hidup ketika ini ternyata telah memaksa seramai 71 juta penduduk dunia – jatuh miskin.

Tinjauan Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) pada laporan AFP ini menunjukkan kadar kemiskinan dunia semakin meningkat dalam tempoh 3 bulan setelah berlakunya kejutan COVID-19.

Malah lonjakan kadar itu turut dipengaruhi hasil tekanan ekonomi yang berlaku antara Rusia-Ukraine sebelum ini. Di mana pelbagai bekalan mentah dunia mengalami penangguhan antaranya gandum dan turut melumpuhkan beberapa operasi perniagaan. Ini mencetuskan kegawatan terhadap negara berpendapatan rendah dan membangun.

Mengikut pemerhatian, terdapat 159 buah negara yang terkesan dan antara negara yang berdepan tekanan melampau adalah Armenia, Uzbekistan, Burkina Faso, Ghana, Kenya, Rwanda, Sudan, Haiti, Pakistan, Sri Lanka, Ethiopia, Mali, Nigeria, Sierra Leone, Tanzania  dan Yaman.