Artikel

CIMB Turut Naikkan Kadar Pinjaman Asas – Bermula 13 Julai

Sama seperti perbankan Maybank, CIMB Bank dan CIMB Islamic turut mengatur langkah yang sama melaraskan semula kadar faedah mereka.

Ini meliputi perubahan Kadar Asas (BR) dan Kadar Pinjaman Asas (BLR) sebanyak 25 mata asas (bps) kepada 2.25%. Tidak hanya itu Kadar Pembiayaan Asas turut mengalami kenaikan sebanyak 0.25%.

Segala tindakan perubahan kadar ini dimaklumkan, akan mula berkuat kuasa mulai 13 Julai kelak. Oleh itu, semua pelanggan berkaitan diminta bersedia akan kenaikan yang diumumkan.