Artikel

Maybank Naikkan Kadar Asas, Kadar Pinjaman Asas – Mulai 8 Julai Ini

Setelah Bank Negara Malaysia (BNM) memaklumkan paras Kadar Dasar Semalaman (OPR) naik kepada 2.25% – kini giliran institusi bank pula melaraskan semula kadar faedah mereka.

Terbaharu, Maybank mengumumkan akan melaras naik Kadar Asas (BR) dan Kadar Pinjaman Asas (BLR) kepada 25 mata asas (bps). Ini bermakna BR Maybank akan menjadi lebih tinggi daripada 2.00% kepada 2.25%.

Manakala BLR Maybank pula akan diselaraskan daripada 5.65% kepada 5.90%.

Selain dua kadar tersebut, Maybank juga akan menaikkan Kadar Asas Islam dan Kadar Pembiayaan asas sebanyak 25bps dengan masing-masing kepada 2.00% dan 5.90%.

Pelaksanaan ini turut berkuat kuasa mulai 8 Julai ini.

Maka menerusi makluman ini, semua pihak diminta bersedia akan perubahan tersebut dan merancang kewangan semasa.