Artikel

Pahang Bakal Bangunkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuantan – Bernilai RM2 Bilion

Berbekalkan kos peruntukan RM2 bilion, Pahang dijangka bakal memulakan projek pembangunan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuantan ini, mulai tahun 2023 dan disasarkan ia beroperasi pada tahun 2026 kelak.

Dengan kapasiti tanah seluas 5,042 hektar di kawasan Gebang itu, disasarkan bakal menawarkan lebih 20,000 peluang pekerjaan pada pasaran buruh tempatan.

Menerusi pembangunan yang dikendalikan sepenuhnya melalui syarikat tujuan khas (SPV) – Pahang Airport Berhad, kerajaan negeri menjangkakan kewujudan projek ini berupaya meningkatkan sektor pelancongan negeri kepada seramai 40.79 juta pelancong menjelang 2050.

Matlamat itu merangkumi penamatan endemik COVID-19 dan kemasukan pelabur baharu.