Artikel

India Kini Melarang Hotel Dan Restoran Kenakan Caj Perkhidmatan

Bagi memastikan kebajikan pengguna terus terjamin tanpa dibebani sebarang peningkatan kos, India kini mula menguatkuasakan – larangan terhadap hotel dan restoran mengenakan caj perkhidmatan ke atas para pengguna.

Tindakan ini dilakukan, setelah pihak pentadbiran menerima aduan terdapat penambahan caj perkhidmatan di restoran sekitar 5% hingga 15% berlaku dan isu itu tidak diketahui pengguna, pihaknya hanya sedari setelah pembayaran dilaksanakan.

Ini bermakna pihak hotel dan restoran tidak boleh sewenangnya menambah caj perkhidmatan secara automatik pada bil pelanggan. Tidak hanya itu, kedua penyedia juga tidak boleh mengenakan caj tersebut di bawah nama caj lain atau menolak caj tersebut kepada perkhidmatan lain.

Sekiranya pengenaan caj ingin diwujudkan, ia perlulah di bawah kerelaan para pengguna atau budi bicara mereka.

Langkah ini pada laporan The Financial Express – sekaligus memberi kelegaan kepada hak pengguna di India dan memberi gambaran tegas kepada semua pengusaha untuk mengamalkan perdagangan yang adil kepada semua pihak, tanpa perlu menindas pengguna.