Artikel

Touch ’n Go eWallet Perkenal Ciri Pelaburan Baharu – GoInvest

Touch ’n Go eWallet sebelum ini sedia menawarkan ciri pelaburan baki dompet digital dinamakan Go+. Melaluinya, ia mengintegrasikan baki dompet digital anda dan menjana pendapatan melaluinya.

Kini, selain daripada Go+, pihak TNG eWallet turut telah memperkenalkan sebuah lagi ciri pelaburan baharu pada aplikasi mereka, dinamakan GoInvest.

GoInvest ditawarkan dengan kerjasama bersama pihak CIMB Principal, dan dikatakan patuh syariah. Mengikut sasaran pulangan, pelaburan GoInvest ini menjanjikan pulangan sekitar 2.70%.

Pengguna boleh memilih sasaran pelaburan yang ingin dilakukan, dan GoInvest akan memperlihatkan berapakah pelaburan yang perlu dilakukan setiap bulan.

Bagi anda yang menggunakan Touch n Go eWallet, boleh menyemak ciri GoInvest ini pada aplikasi masing-masing hari ini.