Malaysia dan durian bukanlah suatu perkara yang asing pada pasaran ekonomi, dengan memiliki lebih 200 jenis durian yang berdaftar di Jabatan Pertanian negara – ia tidak sekadar memaparkan kemeriahan permintaan bahkan turut menyokong pelaburan negara.
Maka bagi meraikan sambutan durian di Malaysia – Wahed Invest kini tampil dengan promosi Bufet Durian Jom Beli Lokal di Sapura@Mines.
Penawaran akses percuma yang bermula pada 16 Julai dan 17 Julai ini – terbuka kepada pelanggan baharu dan pelanggan sedia ada yang telah berdaftar bersama akaun Wahed Invest.
Ini bermakna, bagi pelanggan sedia ada, anda hanya perlu hadir ke Jom Beli Lokal di Sapura@Mines dan memaparkan bukti pemilikan akaun Wahed dengan pelaburan minimum RM100. Sementara pelanggan baharu pula hanya perlu hadir dan mendaftarkan akaun anda di acara tersebut.
Oleh itu, ayuh nikmati penawaran akses percuma bufet durian ini di samping mengetahui lanjut – berhubung medium pelaburan bersama Wahed Invest Malaysia.