Artikel

Shopee Tingkatkan Kecekapan Penghantaran – Buka 5 Hab Pengedaran Di Brazil

Shopee, medium e-dagang milik syarikat induk Sea kini terus merancakkan strategi mereka pada pasaran antarabangsa – apabila membuka 5 operasi hab pengedaran di Brazil.

Usaha ini mengikut laporan Reuters, bertujuan meningkatkan kecekapan proses penghantaran dan memperkasakan penjimatan masa bersama pengguna mereka.

Malah pembukaan – pusat pengedaran baharu di bandar Sao Joao do Meriti, Campinas, Ribeirao Preto, Contagem dan Santana do Parnaiba – ini secara langsung menjelaskan permintaan Shopee di pasaran sedemikian semakin tinggi.

Walaupun memiliki permintaan yang stabil di Brazil – Shopee masih lagi mengukuhkan kedudukannya pada pasaran lain khususnya melibatkan pasaran baharu di Mexico dan Korea Selatan.

Setakat Mei, pihaknya menerima peingkatan jualan melebihi anggaran suku tahunan dan mengalalmi kerugian kecil berbanding jangkaan semasa.