Artikel

Proton Sasar Selesaikan Tunggakan Pesanan 90,000 Unit Kenderaan – Pada Suku Ketiga Ini

Proton, bagi separuh pertama telah memperlihatkan permintaan yang membrangsangkan dengan menerima pesanan sekitar 150,000 unit kenderaan.

Daripada jumlah tersebut menurut laporan Utusan, sejumlah 60,000 unit kenderaan telah diselesaikan dan memberi jaminan lebihan 90,000 unit kenderaan lagi akan diselesaikan bermula suku ketiga tahun ini.

Tunggakan pesanan kenderaan tersebut dijangka akan mengalami proses 6 bulan untuk penyelesaian penyerahan dan terdapat sasaran juga penyerahan unit lebih awal dapat dilakukan pihak kumpulan.

Bersama sokongan menaik-taraf kemudahan hab pemasangan di Tanjung Malim, Proton melihat ia berpotensi meningkatkan keupayaan jenama meluaskan permintaan dan memenuhi pasaran kenderaan semasa.

Setakat ini kilang tersebut memiliki 88 stesen dengan 17 daripadanya automatik bersama bahagian pemasangan 1.5 TGDI dibina menggunakan etos IR 4.0. Kelengkapan ini secara langsung memacu aliran produktiviti Proton pada pemintaan semasa.