Artikel

Sekitar 30 Syarikat Industri Ayam, Rugi Lebih RM1 Juta – Dalam Tempoh 12 Bulan

Ternyata dalam tempoh 12 bulan terdapat 30 syarikat berkaitan industri ayam di Malaysia mengemukakan – alami kerugian lebih RM1 juta.

Data di bawah laporan Ekosistem Ternakan Ayam Malaysia – Analisis Data Perniagaan, Forum Perniagaan Global Malaysia (MGBF) ini memberi tumpuan prestasi ke atas sekitar 627 syarikat berkaitan industri ayam.

Meskipun 30 syarikat berkaitan industri ayam alami kerugian, terdapat 55.12% daripada 402 syarikat pula memperlihatkan data kewangan yang menguntungkan dalam tempoh yang sama.

Maka untuk memastikan momentum pertumbuhan kekal berdaya saing, MGBF melihat keperluan penyatuan data pasaran amat diperlukan. Ia tidak hanya membantu pemain memahami struktur ekonomi tetapi turut membawa kesan positif kepada sentimen pelaburan di dalam negara.