Artikel

Walau Dilanda Inflasi, Happy Fresh Sasar Tiada Peningkatan Harga Hingga Akhir 2022

Happy Fresh, platform runcit digital yang mempunyai lebih 20 pasaraya bagi pembelian barangan keperluan harian kini – menyediakan kemudahan penghantaran secara percuma terus ke rumah dan menjamin pengguna akan menerima barangan yang dibeli dalam masa tempoh 60 minit sahaja.

Selain menawarkan akses pesanan pada lebih 20 pasaraya, Happy Fresh turut memaklumkan, pihaknya merancang tiada peningkatan harga produk akan berlaku sehingga September kelak.

Dijangka matlamat ini akan dilanjutkan sehingga akhir tahun 2022, demi kebajikan para pengguna.

Seterusnya berdasarkan perkembangan semasa, Happy Fresh setakat ini menawarkan khidmat pesanan ke sekitar Lembah Klang, Penang, Melaka dan Johor. Kini ia mula melebarkan jejaknya ke pemintaan pengguna di Ipoh, Kulim, Kota Bharu dan Seremban.