Artikel

Pisang Goreng Dan Keropok Lekor Naik Harga Disebabkan Kenaikkan Harga Minyak Masak

Disebabkan oleh kenaikkan harga minyak masak, kini ia memberikan kesan kepada perkara-perkara lain, termasuk pisang goreng dan juga keropok lekor.

Mengikut tinjauan pihak NST, harga pisang goreng dan juga keropok lekor memperlihatkan kenaikkan harga sekitar 50 sen ke RM1 berbanding sebelum ini.

Sebelum ini, pisang goreng boleh didapati untuk lima pada harga RM2, dan kini ia telah menjadi RM3 untuk lima. Sementara untuk keropok lekor pula, kini ia mencapai lima untuk RM2, berbanding tiga RM1 sebelum ini.