Artikel

Banyak Negara Dijangka Berdepan Kemelesetan Ekonomi – Mulai Tahun Hadapan

Lonjakan kos sara hidup, disamping aliran ekonomi global yang perlahan – menunjukkan potensi, bahawa kelak banyak negara ekonomi utama bakal berdepan risiko kemelesetan dalam tempoh 12 bulan.

Tinjauan Nomura Holdings Inc, firma pembrokeran antrabangsa ini menjangkakan antara negara yang terkesan akan situasi tersebut adalah Amerika Syarikat (AS), United Kingdom, Jepun, Korea Selatan, Australia dan Kanada.

Pihaknya pada laporan Bloomberg – mendapati aliran kelembapan pertumbuhan menjelaskan negara tidak lagi boleh bergantung kepada pulangan eksport dalam ekonomi mereka.

Walaupun diakui setiap kedalaman kemerosotan ekonomi negara adalah berbeza-beza, namun bank pusat memiliki peranan pada keseimbangan. Ini kerana jika kawalan dasar terlalu tinggi pada institusi kewangan ditetapkan, ini boleh melemahkan pertumbuhan sesebuah negara pada tahun hadapan, 2023.