Artikel

Susulan Tekanan Kos Operasi – Harga Tiket Feri Ke Pangkor Kini Naik RM3

Bermula 1 Julai lalu, Jeti Lumut dan Jeti Marina Island ke Pulau Pangkor kini telah menaikkan harga jualan tiket feri sebanyak RM3 berikutan tekanan kos operasi yang didepani.

Ini bermakna harga tiket dewasa terbaharu adalah RM10 bagi perjalanan sehala, sebelum ini RM7. Manakala untuk kanak-kanak pula menjadi RM5.50 bagi perjalanan sehala, sebelum ini RM2.50.

Tekanan kos operasi yang digariskan merangkumi kenaikan harga minyak, kos penyelenggaraan serta penambahbaikan sistem keselamatan jentera feri – telah diambilkira.

Meskipun akui tindakan perubahan harga ini tidak dapat dielakkan oleh para penyedia namun pihaknya kekal memiliki kerunsingan bahawa – kenaikan harga tiket ini mampu menjejaskan kehadiran pelancong di masa akan datang.