Artikel

Ukraine Perlukan $750 Bilion, Untuk Membangunkan Semula Negara

Susulan krisis yang berlaku bersama Rusia, negara Ukraine memaklumkan pihaknya memerlukan sekitar $750 bilion untuk membangunkan semula negara – menerusi 3 fasa pemulihan.

Buat pengetahuan umum, kerugian melibatkan infrastruktur langsung Ukraine sahaja telah melebihi $100 bilion – situasi ini jelas membimbangkan dan memerlukan sokongan seluruh negara global bagi menangani kelompongan dana Ukraine.

Menurut Perdana Menterinya Denys Shmygal pada laporan Reuters – pembangunan Ukraine akan dilaksana secara berperingkat. Bagi peringkat awal, tumpuan akan diberi kepada pemulihan keperluan harian rakyat antaranya bekalan air dan seterusnya membaik-pulih perumahan sementara, hospital dan pendidikan di negara mereka.