Artikel

SPayLater Shopee – Kini Patuh Syariah

SPayLater atau Shopee PayLater adalah khidmat BNPL (Bayar Nanti, Pakai Lekas) terus memperkukuhkan aksesnya kini dengan perakuan patuh syariah buat para pengguna. 

Menerusi perakuan patuh syariah melalui Amanie Advisors, firma penasihat Syariah global dan syarikat penasihat Syariah berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) – ia secara jelas meningkatkan keyakinan pengguna ketika berbelanja.

Menerusi kaedah pembayaran tersebut, para pengguna perlu memuat turun aplikasi Shopee untuk mengaktifkan ciri SPayLater ini. Kadar umur yang dibenarkan menggunakan ciri BNPL ini adalah warganegara Malaysia 18 tahun dan ke atas, serta memiliki kad pengenalan diri yang sah.

Terdapat beberapa ansuran yang ditawarkan merangkumi 1 bulan, 2 bulan hingga 6 bulan. Harga ansuran tertakluk kepada harga penuh barangan yang dipilih oleh pengguna.

Bagaimanapun perlu diingatkan, caj pemprosesan sekitar 1.5% akan dikenakan ke atas pengguna sekiranya memilih mod pembayaran berbentuk ansuran bulanan. Selain itu, sekiranya mengalami kelewatan, akaun SPayLater akan dibekukan, dan akan dikenakan denda sebanyak RM10 untuk pengaktifan kembali akaun.