Artikel

SPA Kini Laksana Kaedah Sesi Temu Duga Secara Maya

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) ketika meluaskan peluang kepada pemohon pekerjaan negara, dengan menyediakan pilihan kaedah sesi temu duga secara maya atau atas talian.

Usaha ini seiring dengan keperluan dan penerapan teknologi semasa negara. Bahkan ia memberi kemudahan kepada calon penjawat awam, khususnya buat mereka yang berada di lokasi jauh dari tempat pusat temu duga fizikal.

Meskipun kaedah ini lebih mudah dan menjimatkan kos, namun pihak SPA sedari – pelbagai risiko wajar diambil-kira. Antaranya gangguan rangkaian internet ketika sesi temuduga maya sedang dilaksanakan, maka calon penjawat awam boleh melakukan perubahan tarikh sesi temu duga secara fizikal atau secara maya pada tempoh yang lain.

Berdasarkan laporan, secara puratanya setiap tahun SPA akan meluluskan sehingga 18,000 calon penjawat awam dan sekitar lebih 45% daripadanya adalah calon yang melalui kaedah temu duga secara maya.