Artikel

Sempena Aidiladha – Sejumlah 2.4 Juta Kenderaan Disasar Ke Pantai Timur

Bersempena meraikan ibadah korban pada sambutan Aidiladha tidak lagi, dijangka sekitar 2.4 juta kenderaan bakal membanjiri lebuh raya negara – meliputi 1.648 juta kenderaan pada lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dan 704,000 pula di LPT1.

Menurut Anih Berhad, melalui jangkaan tersebut para pengguna lebuhraya dinasihatkan untuk bersiap sedia – akan sebarang risiko perjalanan. Iaitu kesesakan trafik dan menambah-nilai kadar tol mereka.

Langkah itu bagi mengelakkan sebarang kesulitan ketika perjalanan dan meningkatkan kecekapan perjalanan semua pihak.

Setakat ini, purata kenderaan ketika hujung minggu bagi laluan berkaitan diperhatikan stabil dengan Lebuhraya KL-Karak sekitar 161,000 kenderaan, dan 65,000 kenderaan pula pada laluan LPT1.