Artikel

Sistem GeoTanaman, GeoTanih – Perkukuh Rantaian Pengeluar Makanan Negara

Pentadbiran negara kini memperkenalkan sistem GeoTanaman, GeoTanih bagi memperkasakan rantaian makanan negara – susulan berdepan risiko ketirisan susulan ketidaktentuan ekonomi semasa.

Menurut Jabatan Pertanian Malaysia, pembangunan GeoTanaman membolehkan petani dan pemborong mendapatkan maklumat koordinat berhubung kawasan tanaman makanan negara. Data pada laman boleh dianalisis merangkumi data di Semenanjung dan Wilayah Persekutuan.

Sementara GeoTanih pula, berperanan memudahkan carian jenis tanah dan mengetahui kesesuaian tanaman bagi lokasi tertentu. Adanya sokongan dua sistem ini ia berpotensi meningkatkan kecekapan subsektor tanaman negara.

Ini secara langsung memberi kelebihan akses kepada kumpulan petani.

Setakat ini, lebih 1,200 pengguna telah berdaftar pada sistem GeoTanaman yang terdiri dalam kalangan pemain industri pertanian.

Maka untuk lebih memacu penyertaan pemain industri lain – kerajaan merancang sistem tersebut kelak akan diintegrasi bersama makluman pemuliharaan dan kesuburan tanah. Langkah itu untuk meningkatkan lagi sokongan maklumat kepada semua pihak dalam meningkatkan hasil negara.