Ternyata jumlah import Malaysia atau Indeks Volum Import kini memaparkan peningkatan 0.7% bagi rekod Mei 2022 – lebih tinggi berbanding bulan sebelumnya. Peningkatan itu didorong hasil permintaan pembelian makanan yang tinggi pada masa ini.
Data Jabatan Perangkaan Malaysia itu turut memaparkan tidak hanya dicetuskan kenaikan makanan (9.5%) bahkan turut didorong kenaikan alat jentera dan kelengkapan pengangkutan (6.3%) serta pelbagai keluaran kilang (4.0%).
Selain peningkatan nilai volum import berkembang 21.7%, indeks volum eksport juga turut berkembang kepada 6.9% namun alami penurunan 9.1% berbanding data sebelumnya.
Indeks Volum – digunakan untuk mengukur perubahan kuantiti barangan yang diimport dan dieksport daripada Malaysia.
