Artikel

Indonesia Rancang Kurangkan Kapasiti Pembantu Rumah Ke Malaysia – Secara Berperingkat

Indonesia kini dalam perancangan untuk mengeluarkan negara mereka selaku sumber pembantu rumah ke Malaysia – secara peringkat. Ini kerana terdapat pelbagai isu yang berbangkit, berlaku ke atas kebajikan pekerja negaranya di pasaran tempatan.

Antara menerima penganiayaan dan gaji tidak dibayar setimpal.

Tindakan itu, dapat diperlihat apabila setakat ini – hanya 10 pembantu rumah sahaja telah diproses sepenuhnya oleh pihak Indonesia pada permintaan Malaysia. Menurut Duta Indonesia, pihaknya mula tidak berminat untuk menyalurkan lebih banyak sumber kepada Malaysia.

Seperti yang umum ketahui, pada April lalu Malaysia-Indonesia telah temeterai persefahaman berkenaan pengambilan dan perlindungan pekhidmat domestik Indonesia (PDI) – namun pada akhir Mei lalu, penghantaran pembantu rumah Indonesia telah alami penangguhan.

Dan mengikut laporan dimaklumkan kedutaan Indonesia menerima 3,000 permintaan dari Malaysia dan dijangka penghantaran pekerja akan dilaksanakan pada pertengahan Julai ini.

Walaupun terdapat situasi sedemikian, Malaysia terus optimis menjangkakan perolehan 10,000 pembantu rumah ke Malaysia. Selain negara, Arab Saudi juga antara negara yang akan turut mengalami pengurangan kapasiti pembantu rumah Indonesia.