Artikel

CUEPACS : Tindakan Kaji Usul 4 Hari Bekerja Bagi Penjawat Awam, Buang Masa

Tidak relevan dan merugikan, itulah yang dizahirkan oleh Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) ke atas tindakan mengkaji cadangan 4 hari tempoh bekerja buat penjawat awam negara.

Langkah itu dilihat bukan suatu keutamaan tatkala kebajikan dan sistem penyampaian khidmat awam masih perlu dipertingkatkan.

Seharusnya, pentadbiran negara mengikut laporan memberi tumpuan dalam meningkatkan kecekapan khidmat awam dan meluaskan kapasiti kebajikan para penjawat. Antaranya kelulusan gantian cuti rehat (GCR) yang boleh ditebus 80 hari. Setakat ini ia belum melihat sebarang proses pelaksanaan.

Selain CUEPACS, tinjauan Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) turut mendapati rata-rata majikan negara tidak bersedia akan pelaksanaan tersebut. Khususnya ketika ekonomi sedang ke arah pemulihan secara perlahan. Ini antara dapatan yang diperolehi;

  • 60% daripada 170 syarikat tidak menerap kaedah kerja syif
  • 78.6% daripada 112 syarikat menerap kaedah syif namun tidak bercadang laksana amalan tempoh bekerja singkat
  • 55% daripada 111 syarikat menerap kaedah kerja syif
  • 38.3% daripada 162 syarikat menerap kaedah kerja syif tetapi tidak dapat laksana cadangan 4 hari bekerja

Meskipun terdapat keraguan pada segelintir majikan akan pendekatan tersebut. Namun penerimaan ini hanya dapat diketahui menjelang penguatkuasaan 1 September kelak di bawah Akta Kerja 1955.