Artikel

Penduduk Asia Pasifik Berumur Lebih 60 Tahun Dijangka Capai 1.3 Bilion Orang Menjelang 2050

Malaysia sedia dijangka mencapai status “negara tua” menjelang tahun 2030 – dimana sekitar 15.3% penduduk dijangka berusia 60 tahun dan ke atas.

Selain Malaysia, rantau Asia Pasifik juga turut sedang melihat peningkatan populasi penduduk berumur 60 tahun dan ke atas dengan mendadak.

Pada hari ini, kadar penuaan penduduk Asia Pasifik adalah lebih tinggi berbanding rantau lain. Ia dianggar sekitar 630 juta orang berumur 60 tahun dan ke atas pada hari ini.

Ia sekaligus mewakili sekitar 60% penduduk warga tua di peringkat global. Majoriti yang berusia tua ini adalah wanita.

Bergerak ke hadapan, menjelang 2050, ia dianggarkan sekitar 1.3 bilion penduduk di rantau Asia Pasifik dijangka berusia lebih 60 tahun.

Dengan perkembangan ini, sejumlah langkah perlu diambil dalam dapat menampung warga tua dalam negara, dan bukan dianggap sebagai beban kepada masyarakat.