Artikel

CIMB Maklum – Gangguan Teknikal Khidmat Transaksi Telah Dipulihkan Semula

Berikutan menerima pelbagai aduan pengguna pada pagi hari ini (1 Julai), maka CIMB bank telah mengambil langkah drastik dengan membaik-pulih semula sistem perbankan mereka dalam suatu tempoh.

Kini para pengguna boleh menggunakan khidmat transaksi CIMB Clicks seperti sedia kala tanpa sebarang gangguan. Tidak hanya khidmat transaksi pada aplikasi, tetapi perkhidmatan pada laman rasmi juga turut boleh dilaksana seperti sedia kala.

Kenyataan tersebut telah dikongsikan CIMB pada status rasmi facebooknya pada petang ini.