Artikel

JPA Kaji Pelaksanaan 4 Hari Bekerja Untuk Penjawat Awam

Setelah Kementerian Sumber Manusia (KSM) memaklumkan pihaknya sedang menjalankan semakan tentang tempoh bekerja 4 hari dalam seminggu, kini giliran Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pula menubuhkan satu pasukan khas untuk mengkaji pelaksanaan waktu bekerja 4 hari dalam seminggu. 

Tindakan ini pada laporan untuk menyemak keperluan penerapan cadangan tersebut dalam kalangan penjawat awam – merangkumi sektor yang terlibat, jumlah waktu minimum dan maksimum bekerja selaras dengan Akta Pekerja 1955. Semakan ini penting sebelum sebarang keputusan dicapai oleh pihak kerajaan. 

Maka sebuah satu pasukan khas telah dibentuk untuk memperhalusi cadangan tersebut ke atas sekitar 1.6 juta petugas awam di negara dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.