Menyedari terdapat lebih 50% penjawat awam tidak memiliki simpanan untuk memperbaharui lesen serta cukai jalan bagi suatu tempoh – maka kerajaan kini tampil dengan pembiayaan insurans kenderaan Keluarga Malaysia myezycover.com kepada penjawat awam negara.
Menerusi kemudahan ini, sekitar 1.6 juta penjawat awam termasuklah yang bertaraf kontrak berpeluang memanfaatkan faedah tersebut bagi pembelian insurans kenderaan dan cukai jalan.
Namun syarat permohonan ini – penjawat awam perlu memastikan nisbah hutang tidak melebihi 60%, daripada jumlah pendapatan bulanan mereka.
Apa yang menarik, pada pelancaran tersebut penjawat awam juga boleh membuat pembayaran balik pembiayaan secara ansuran sehingga 10 bulan melalui Skim Potongan Gaji ANGKASA (SPGA)
Langkah ini tidak hanya membantu penjawat awam memperbaharui insurans dan cukai dengan tanpa bayaran pendahuluan serta faedah, tetapi turut membantu penjawat awam mengimbangi tekanan kewangan yang didepani mereka.
Malah pembiayaan tersebut turut akan diperluaskan kepada kakitangan berkaitan (GLC) dan sektor swasta sebelum hujung tahun ini.