Pada hari ini (1 Julai) perkhidmatan CIMB memaklumkan terdapat komplikasi pada perkhidmatan transaksi bank mereka, pada aplikasi CIMB Clicks dan pautan laman rasmi.
Situasi itu diperjelaskan CIMB melalui ciapan twitter rasminya – di mana buat sementara waktu ini sesi transaksi sedang mengalami gangguan. Dilaporkan gangguan ini telah berlaku sekitar jam 11 pagi lagi.
Hi, we are experiencing a technical issue and our team is working on rectifying the issue to bring the service back up to you. We regret any inconvenience caused and thank you for your understanding.
— CIMB Assists (@CIMB_Assists) July 1, 2022
Berikutan permasalahan ini, CIMB memohon sedikit masa untuk memperbaiki proses gangguan ke atas para pengguna – diharap pengguna CIMB yang berkaitan mengambil perhatian berhubung makluman ini.