Artikel

Projek Kampung Baru Bernilai RM1.2 Bilion Diteruskan – Majoriti Penduduk Menyokong

Projek pembangunan semula Flat PKNS Jalan Tun Razak, Kampong Baru kini dilihat akan diteruskan – susulan menerima sokongan majoriti penduduk tempatan.

Pelan bernilai RM1.2 bilion di bawah Menara Rezeki Sdn Bhd ini, dijangka akan dilaksanakan bersama Jiankun International Bhd.  Di mana cadangan projek akan dikemukakan kepada kerajaan tempatan tidak lagi.

Menurut laporan, persetujuan projek ini telah dicapai menerusi perbincangan bersama Jawatankuasa Bertindak Flat PKNS. Antara syarat yang dicapai dengan Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB) pihaknya perlu mendapatkan sekurangnya 50% persetujuan pemilik tanah/petak bagi membolehkan pengambilan tanah dilaksanakan.

Dan ternyata psersetujuan itu telah mencapai lebih 80% daripada apa yang ditetapkan.

Mengikut perancangan, projek pembangunan semula ini akan dijalankan dalam tempoh 4 tahun dari sekarang dan merangkumi pembangunan semula menara pangsapuri, pembinaan semula Flat PKNS bersama 3 menari tambahan yang memiliki unit kediaman dan perniagaan.