Bermula hari ini (1 Julai) semua pengguna perlu bersedia akan sebarang kenaikan harga di pasaran. Ini tidak hanya membabitkan harga bekalan mentah seperti minyak masak berbotol, ayam atau telur – tetapi harga jualan makanan juga turut akan terjejas.
Berdasarkan laporan, Persatuan Pengusaha Restoran India Muslim Malaysia (Presma) menyatakan persekitaran pasaran semasa – mungkin mendorong kenaikkan harga nasi kandar sehingga RM1.00 bagi lokasi restoran di ibu kota.
Sementara kenaikan sekitar RM0.50 sen pula dijangka pada lokasi restoran di cawangan negeri.
Pihak operasi menegaskan tidak berupaya mendiamkan diri tanpa melakukan sebarang kenaikan harga, ini kerana kos penyediaan melibatkan bahan makanan yang diimport telah mulai melonjak, ditambah pula kos penyewaan premis turut meningkat.
Maka orang awam diminta bersedia akan sebarang perubahan harga yang berlaku – susulan peningkatan kos sara hidup yang berlaku ke atas semua pihak ketika ini.