Artikel

Farm Fresh Rancang Beli Tanah Bernilai RM18.24 Juta – Bangunkan Hab Pembuatan

Farm Fresh Bhd, syarikat tenusu tempatan dilihat merancang membeli tanah perindustrian pegangan bebas di Bandar Baru Enstek Negeri Sembilan. 

Pemilikan tanah ini dilaporkan bernilai sekitar RM18.24 juta. 

Pelaksanaan itu bertujuan membangunkan hab penbuatan baharu bagi memperkasakan lagi produktiviti syarikat merangkumi produk susu, berasaskan tumbuhan serta penawaran produk baru. 

Lebih menarik kedudukan hab ini diperhatikan lebih strategik susulan lokasinya berdekatan dengan Lembah Klang – ini akan memberi penjimatan kos pada operasi Farm Fresh. 

Setakat ini, jangkaan peralihan tanah tersebut disasar dapat diselesaikan dalam tempoh 9 bulan mendatang, dan sepenuhnya akan dibiayai hasil tawaran awam permulaan.