Seperti yang umum sedia maklum, bekalan elektrik sudah menjadi perkara asas yang kita perlukan pada zaman kini. Jika terputus bekalan elektrik, pasti ia akan mengganggu rutin harian kita.
Hari ini pada tahun 1985, satu peristiwa telah berlaku di mana bekalan elektrik terputus akibat tersandung talian penghantaran elektrik secara tidak sengaja yang menyebabkan kegagalan kuasa di seluruh Semenanjung Malaysia.
Disebabkan perkara tersebut, ia telah mengakibatkan bekalan air juga berkurangan di banyak kawasan sekitar Malaysia kerana tiada kuasa untuk menggerakkan pam.
Walau bagaimanapun, Lembaga Elektrik Negara telah pulihkan bekalan elektik di kebanyakan kawasan menjelang malam.
Untuk makluman pembaca, pada tahun 1996, perkara yang sama telah berlaku sekali lagi tetapi kali ini disebabkan oleh pusat janakuasa di Paka, Terengganu mengalami kerosakan. Ini menyebabkan seluruh Semenanjung Malaysia gagal menerima bekalan elektrik. Walaupun tiada informasi lengkap, namun apa yang penulis temui, gangguan bekalan itu pulih sepenuhnya selepas 12 jam.
Menurut Laporan Prestasi Perkhidmatan Pembekalan Elektrik Di Malaysia, setakat tahun 2002, sejumlah 27,598 gangguan bekalan elektrik TNB telah berlaku diikuti dengan gangguan 57,217 jam. Jika dibandingkan dengan tahun 2001, gangguan bekalan telah menunjukkan penurunan sebanyak 33.7% dan tempoh gangguan sebanyak 50%.