Artikel

Sabah Akan Mengkaji Untuk Pindahkan Lapangan Terbang KKIA Ke Kimanis

Sabah kini memeterai perjanjian antara Qhazanah Sabah dan juga Berjaya Land dalam mengkaji pemindahan Kota Kinabalu International Airport (KKIA) dari Tanjung Aru, ke Kimanis.

Pada hari ini, ia dikatakan lapangan terbang Kota Kinabalu sukar untuk diperluaskan disebabkan oleh tanah-tanah persendirian di sekitarnya, selain kedudukannya dengan pusat bandar Kota Kinabalu.

Dengan memindahkan ke Kimanis, ia akan membolehkan lapangan terbang mempunyai lebih dari satu terminal.

Kedudukan Sabah yang strategik dijangka boleh menjadikan ia sebagai hab penerbangan untuk pelancongan di Asia timur.

Pada hari ini sendiri, lapangan terbang KKIA dikatakan yang kedua paling sibuk di Malaysia, selepas KLIA.