Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), syarikat pengurusan unit amanah milik penuh Permodalan Nasional Berhad hari ini (30 Jun) memaklumkan pengagihan pendapatan bagi dana harga tetap Amanah Saham Bumiputera 3 Didik (ASB 3 Didik) adalah berjumlah RM300 juta.
Ini merangkumi pengagihan 4.25 sen seunit kepada 308,197 pemegang unit, yang memiliki 7.06 bilion unit.
Pada masa yang sama ASB 3 Didik turut memperlihatkan catatan pendapatan bersih sebannyak RM412.65 juta. Ini memaparkan peningkatan yang lebih tinggi berbanding data pada tahun lalu, iaitu sekitar RM295.7 juta.
Untuk makluman, pengiraan agihan pendapatan ASB 3 Didik ini meliputi purata baki bulanan minimum yang dipegang sepanjang tahun kewangan.