Artikel

MR DIY Cuba Pastikan Harga Produk Rendah – Namun Potensi Harga Naik Kekal Ada

MR DIY, syarikat barangan penambahbaikan kediaman tempatan kini memberi jaminan pihaknya akan cuba mengekalkan penawaran harga produk di paras rendah kepada pengguna – seiring meningkatkan kecekapan operasi.

Akan tetapi kemungkinan kenaikkan harga masih lagi boleh berlaku – susulan situasi inflasi semasa yang dilihat semakin meruncing.

Pihaknya menurut laporan, menyedari untuk mengimbangi paras inflasi, tindakan menstabilkan kecekapan operasi wajar diperkasakan dan ia berupaya membantu operasi memenuhi bekalan dan permintaan pasaran semasa.

Setakat ini MR DIY masih optimis akan penawaran harga mereka dan menyasarkan pembukaan 180 cawangan melibatkan seluruh jenama mereka pada tahun ini berlaku. Menerusi penjelasan ini para pengguna diminta bersedia akan sebarang perubahan dalam perbelanjaan ketika di premis MR DIY.

Untuk makluman berdasarkan tindakan sebelum ini, pihaknya telah menaikkan harga produk sejak April dan Mei lalu – kini cubaan mengekalkan paras harga sedang dilaksanakan.