Artikel

Pulau Pinang, Selangor, Terengganu – Tampil Antara Negeri Papar Prestasi Ekonomi Cemerlang

Walaupun pembukaan ekonomi negara masih diperingkat awal, kini terdapat 5 negeri memaparkan prestasi ekonomi yang cemerlang pada rekod Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Antara yang memperlihatkan peningkatan prestasi ekonomi adalah Pulau Pinang dengan pertumbuhan 6.8%, diikuti Selangor 5.0%, Terengganu 5.0%, Perak 3.5% dan Kedah 3.2%.

Prestasi ini menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) diperkukuhkan dengan pengukuhan sektor ekonomi negara – di mana sektor pembuatan (9.5%), sektor perkhidmatan 1.9% dan sektor perlombngan & pengkuarian pula 0.3%. Pertumbuhan ini antara lain memberi kelebihan kepada Selangor, Pulau Pinang dan Kedah yang menjadi peneraju dalam sektor tersebut.

Melihat pada momentum ini, ekonomi Malaysia dijangka terus meningkat pada tahun ini khususnya melibatkan permintaan dalam dan luar negeri dan seterusnya mengukuhkan lagi pasaran buruh tempatan.