Berikutan berdepan pelbagai kesukaran, cabaran dan kerenah bank ketika proses permohonan pembiayaan serta pinjaman dilaksanakan – maka kini 68% perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Malaysia mula menzahirkan minat mereka kepada bank digital.
Situasi ini berlaku apabila 87% PKS negara memaklumkan terdapat 3 faktor utama yang merumitkan permohonan pembiayaan mereka bersama bank tradisional. Antaranya;
- 37% berpendapat proses permohonan tidak mesra-pelanggan, merumitkan
- 36% memaklumkan kadar faedah tinggi
- 29% tidak berkelayakan memenuhi kriteria permohonan
Perkara tersebut secara langsung merencatkan lanjutan operasi perniagaan yang berkaitan. Oleh itu kemudahan yang tersedia pada bank digital dilihat lebih seimbang, menjadikan PKS negara berminat beralih ke bank digital;
- 44% Tahap interaksi fizikal lebih rendah apabila menjalankan aktiviti perbankan mereka disebabkan kebimbangan tentang COVID-19
- 35% Perbankan digital dianggap sebagai cara yang lebih pantas dan mudah menjalankan urusan perbankan
- 30% kadar faedah lebih rendah
- Cenderung memilih pinjaman mikro (33%), pendahuluan tunai 3-6 bulan (26%), dan penyelesaian Beli Sekarang Bayar Kemudian BNPL (16%)
- 29% berpendapat bank digital lebih moden
- 21% pembiayaan lebih fleksibel