Artikel

Hampir 4,000 Peniaga Kini Aktif Guna Dompet Digital

Penerapan ekonomi digital negara kini semakin rancak, apabila sekitar 3,919 peniaga tempatan telah mula aktif menerima kaedah tanpa tunai menerusi penggunaan dompet digital dalam urusan jual-beli pasaran.

Sambutan di bawah Program Inisiatif Pendigitalan Sektor Peruncitan (ReDI) ini menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) diperhati begitu menggalakkan dan membawa cerminan keyakinan para peniaga terhadap ekonomi digital semakin baik.

Prestasi itu mengikut laporan dapat dirujuk pada perolehan transaksi dalam e-dagang negara setakat suku pertama 2021 – berjaya meningkat 30% kepada RM254.6 bilion. Sementara penggunaan dompet digitalĀ  pula meningkat 131%, lebihi 600 juta transaksi.

Ini bermakna peniaga negara semakin bersedia ke arah penerapan penyelesaian pembayaran digital dan disasarkan angka ini akan terus meluas dari semasa ke semasa.