Artikel

Harga Minyak Masak Mungkin Naik Sehingga 40%

Setelah negara menamatkan subsidi minyak masak berbotol bagi 1kg, 2kg, 3kg dan 5kg pada 21 Jun lalu – kini pasaran tempatan mula menjangkakan harga minyak masak akan naik sehingga 40%, mulai Julai ini.

Jangkaan kenaikan harga ini telah diakui Pengarah Urusan Mydin, Ameer Ali Mydin berhubung jualan minyak masak di cawangannya pada bulan Julai ini.

Terdapat beberapa jenama mula menyaksikan kenaikan harga minyak masak, antaranya minyak masak berbotol 1kg Alif dan Saji telah naik daripada RM6.70 kepada RM9.50 – ini adalah kenaikan harga 42%. Sementara jenama Buruh pula alami kenaikan 41% kepada RM9.45, diikuti jenama Vesawit kepada RM9.40 (40%) dan Seri Murni pula RM9.25% (38%).

Selain kenaikan minyak masak berbotol 1kg – minyak masak berbotol 2kg dan 5kg juga turut dijangka alami kenaikan harga di pasaran.

Melihat pada kenaikan itu, menurut laporan TheMalaysianInsight ini – pihak Mydin memiliki cadangan untuk menjual minyak masak berbotol pada kadar yang lebih rendah berbanding jangkaan harga di atas.

Maka para pengguna diingatkan untuk bersedia, akan sebarang peningkatan harga yang bakal berlaku pada perbelanjaan barangan keperluan kelak.