Artikel

KKM Saran Pemberian Tambahan Dos Ketiga, Dos Penggalak Vaksin COVID-19

Malaysia kini disyorkan agar memberi dos ketiga, dos penggalak pertama dan dos penggalak kedua vaksin COVID-19 kepada – individu moderate or severe immunocompromised berusia 5-11 tahun dan 12-17 tahun serta individu berusia 18-59 tahun dan petugas barisan hadapan. 

Usul ini menurut Jawatankuasa Kerja Teknikal (TWG) di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) adalah disebabkan situasi kesihatan semasa yang semakin meruncing.

Untuk pengetahuan semua pihak – langkah ini bertujuan memberi perlindungan optimum kepada semua rakyat Malaysia untuk terhindar daripada risiko mendapat jangkitan COVID-19, gejala yang lebih teruk.

Maka ini perincian lanjut berhubung pemberian dos tambahan vaksin – untuk lengkapkan vaksinasi dos primer sebanyak 3 dos atau pemberian dos penggalak pertama dan kedua, mengikut kumpulan di bawah;

Buat masa ini, semua pihak yang telah melengkapkan vaksinasi dos primer mereka iaitu telah memiliki 3 dos vaksin digesa untuk dapatkan dos penggalak kedua – ia bertujuan membantu memberi perlindungan optimum.

Sementara pemberian dos ketiga serta dos penggalak buat kumpulan kanak-kanak dan remaja pula akan dimuktamadkan dalam tempoh terdekat – tidak lama lagi oleh KKM.