Artikel

Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, Kini Dibentuk – PM Ismail Sabri

Masih lagi berhubung isu sekuriti makanan negara, Perdana Menteri Ismail Sabri kini memaklumkan negara telah menubuhkan Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi.

Langkah pembentukan pasukan khas ini bertujuan untuk membantu penduduk negara depani cabaran peningkatan kos sara hidup ketika ini.

Berdasarkan makluman Bernama, pelaksanaan jawatankuasa ini akan dipengerusikan oleh MenKOMM, Menteri Komunikasi  dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa dan mesyuarat akan dilaksakana sebanyak dua kal seminggu.

Kerajaan menjangkakan usaha ini akan memperlihatkan pelbagai strategi serta tindakan baharu  akan dibentangkan untuk mengawal kenaikan harga barang dengan lebih baik dan berkesan dari semasa ke semasa.